Pengertian Islam

Perkataan Islam berasal dari perkataan Arab (aslama, yuslimu, islaman) yang bermaksud tunduk, patuh dan ia juga bermaksud selamat, sejahtera serta damai. Nama Islam itu sendiri adalah diberi oleh Allah Tuhan sekelian alam. Agama Islam adalah agama yang mentauhidkan Allah dan telah lama wujud sebermula dengan Nabi Adam a.s. sehingga Nabi terakhir Nabi Muhammad s.a.w. Cuma yang membezakan (antara nabi-nabi) ialah dari segi syariat sahaja.

Nama Agama Kristian dan Yahudi adalah merujuk kepada kaum atau rasul pada masa tersebut. Sedangkan Agama (syariat asal) Kristian dan Yahudi adalah Islam. Pada masa ini terdapat lebih 1.8 bilion Muslim di dunia. Kesemua mereka percaya bahawa Islam diturunkan oleh Allah kepada kesemua rasul-rasulnya, termasuk Nabi Adam A.S., Nabi Nuh A.S., Nabi Ibrahim A.S., Nabi Musa A.S., Nabi Isa A.S. dan akhirnya Nabi Muhammad s.a.w.. Pengikut syariat-syariat asal Kristian dan Yahudi adalah digelar ahli kitab. Mereka yang beriman dan beramal dengan ajaran agama Islam digelar Muslim.

Umat Islam percaya bahawa Semua makhluk yang berada di alam ciptaan Allah ini termasuklah tumbuh-tumbuhan, binatang, angin, air, bumi, bulan, matahari,bintang dan segalanya adalah patuh dan tunduk kepada ketentuan yang ditetapkan oleh Allah swt. Semua makhluk tersebut dan termasuklah para Malaikat dan sebahagian manusia dan Jin yang patuh adalah Islam kecuali Iblis dan sebahagian dari Jin yang engkar kepada perintah Allah swt.

Umat Islam percaya Nabi Muhammad saw diutuskan oleh Allah, untuk menyempurnakan syariat yang terdahulu dengan turunnya Al-Quran sebagai panduan dan muamalat baginda sebagai penerangnya. Dalam Islam terdapat 2 kumpulan fahaman utama iaitu ahli Sunnah wal jamaah (Sunni) dan Syiah. Perbezaan ini adalah disebabkan oleh perbedaan pendapat. Bagaimanapun, kesemua kumpulan ini tetap percaya bahawa Tuhan itu Allah dan dalam Islam ada rukun Islam dan rukun Iman yang menjadi teras amalan mukmin.

Dalam Islam, ada tiga konsep yang penting iaitu Iman, 'amal dan Ihsan. Secara ringkasnya Iman adalah berkaitan dengan kepercayaan (aqidah) seorang Muslim. Kepercayaan ini bersandarkan kepada enam perkara yang disebut Rukun Iman. Rukun Islam pula berkait rapat dengan tanggungjawab seseorang Muslim yang perlu dilakukan. Manakala Ihsan menyentuh adab adab seorang Muslim.

Saturday, February 14, 2009

Assalamualaikum Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.



Nama syaitan
1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH
2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB
3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU
4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK
5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS

--------------------------------
Anda pernah menerima email sebegini? Atau ada membaca di mana-mana helaian? Saya yakin pasti perkara ini tersebar di sana sini. Malah, ada juga ustaz ustazah yang menjadikan bahan di atas sebagai point di dalam ceramah mereka. Tanpa usul periksa, terus saja menerima dan menyebarkan hebahan tersebut.

Saya tak pasti bila hebahan ini dimulakan. Namun, apa yang pasti sudah ramai umat Islam yang berpegang pada kenyataan: 'ada nama syaitan dalam fatihah!!' setelah membaca artikel itu.

Ini adalah kenyataan karut yang sesat lagi menyesatkan. Tidak ada nama syaitan di dalam al-Quran walaupun anda tersalah sebut. Dari mana 'tukang cipta' fakta itu dapat mengenal nama syaitan? Ada mana-mana hadis Rasulullah yang menyatakan secara shohih perihal nama syaitan? Jika ada, sudah pasti nabi sudah mengingatkan kita dari dulu lagi. Hakikatnya tidak ada!

Jika anda salah sebut, ia adalah termasuk dalam bab hukum tajwid. Dan dalam pada masa yang sama, dikhuatiri jika tersalah sebut, maka maksud perkataan itu juga tidak tepat. Jadi, percanangan bahawa jika anda tersalah sebut akan tersebut nama syaitan adalah satu fakta yang harus di tolak sama sekali.

0 comments:

Post a Comment