Pengertian Islam

Perkataan Islam berasal dari perkataan Arab (aslama, yuslimu, islaman) yang bermaksud tunduk, patuh dan ia juga bermaksud selamat, sejahtera serta damai. Nama Islam itu sendiri adalah diberi oleh Allah Tuhan sekelian alam. Agama Islam adalah agama yang mentauhidkan Allah dan telah lama wujud sebermula dengan Nabi Adam a.s. sehingga Nabi terakhir Nabi Muhammad s.a.w. Cuma yang membezakan (antara nabi-nabi) ialah dari segi syariat sahaja.

Nama Agama Kristian dan Yahudi adalah merujuk kepada kaum atau rasul pada masa tersebut. Sedangkan Agama (syariat asal) Kristian dan Yahudi adalah Islam. Pada masa ini terdapat lebih 1.8 bilion Muslim di dunia. Kesemua mereka percaya bahawa Islam diturunkan oleh Allah kepada kesemua rasul-rasulnya, termasuk Nabi Adam A.S., Nabi Nuh A.S., Nabi Ibrahim A.S., Nabi Musa A.S., Nabi Isa A.S. dan akhirnya Nabi Muhammad s.a.w.. Pengikut syariat-syariat asal Kristian dan Yahudi adalah digelar ahli kitab. Mereka yang beriman dan beramal dengan ajaran agama Islam digelar Muslim.

Umat Islam percaya bahawa Semua makhluk yang berada di alam ciptaan Allah ini termasuklah tumbuh-tumbuhan, binatang, angin, air, bumi, bulan, matahari,bintang dan segalanya adalah patuh dan tunduk kepada ketentuan yang ditetapkan oleh Allah swt. Semua makhluk tersebut dan termasuklah para Malaikat dan sebahagian manusia dan Jin yang patuh adalah Islam kecuali Iblis dan sebahagian dari Jin yang engkar kepada perintah Allah swt.

Umat Islam percaya Nabi Muhammad saw diutuskan oleh Allah, untuk menyempurnakan syariat yang terdahulu dengan turunnya Al-Quran sebagai panduan dan muamalat baginda sebagai penerangnya. Dalam Islam terdapat 2 kumpulan fahaman utama iaitu ahli Sunnah wal jamaah (Sunni) dan Syiah. Perbezaan ini adalah disebabkan oleh perbedaan pendapat. Bagaimanapun, kesemua kumpulan ini tetap percaya bahawa Tuhan itu Allah dan dalam Islam ada rukun Islam dan rukun Iman yang menjadi teras amalan mukmin.

Dalam Islam, ada tiga konsep yang penting iaitu Iman, 'amal dan Ihsan. Secara ringkasnya Iman adalah berkaitan dengan kepercayaan (aqidah) seorang Muslim. Kepercayaan ini bersandarkan kepada enam perkara yang disebut Rukun Iman. Rukun Islam pula berkait rapat dengan tanggungjawab seseorang Muslim yang perlu dilakukan. Manakala Ihsan menyentuh adab adab seorang Muslim.

Wednesday, March 11, 2009

RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa
meninggalkan solat dengan sengaja, maka
sesungguhnya dia kafir yang nyata."

Berdasarkan hadis ini, sebahagian ulama berfatwa
tidak wajib menyembahyangkan jenazah seseorang
yang meninggal dan mengaku Islam, tetapi tidak
pernah mengerjakan solat. Malah, ada yang
mengatakan haram menyembahyangkan individu berkenaan.

Seksaan dan azab bagi orang yang lalai serta
meninggalkan solat seperti sabda Rasulullah SAW:
"Siapa meringan dan melalaikan solat lima waktu
yang difardukan ke atasnya, akan menerima seksaan
atau azab Allah dengan 15 azab."

Enam daripada seksaan itu diterima di dunia, tiga
ketika hampir ajalnya, tiga ketika berada di dalam
kubur dan tiga lagi ketika berjumpa Allah pada
hari kiamat.

Sahabat bertanya: "Ya Rasulullah, apakah seksaan
ketika di dunia?"

Jawab Baginda:

l Hilang berkat umurnya (hidup percuma dengan
kekosongan, jika hidupa mewah, kemewahan itu hanya
istidraj belaka).

l Hilang keberkatan rezekinya (rezekinya terbuang
sia-sia, walaupun kaya, tetapi kekayaan itu
menjadi laknat ke atasnya).

l Dihilangkan Allah tanda salih pada mukanya.

l Tidak diakui masuk golongan Islam (zahirnya saja
Islam tetapi batinnya munafik, malah dia termasuk
golongan munafik).

l Segala amal baiknya (sedekah dan sebagainya)
tidak diberi ganjaran.

l Doanya ditolak Allah.

Hadis riwayat Ibnu Abbas, katanya: ..Aku dengar
Rasulullah SAW bersabda: "Bermula orang
meninggalkan solat itu, bukanlah dia daripada
golongan Islam. Allah tidak terima tauhid dan
imannya dan tidak ada faedah sedekah, puasa dan
syahadatnya."

Kemudian bertanya lagi sahabat: "Ya Rasullullah
SAW, apa pula seksaan yang akan diterimanya ketika
hampir ajalnya?"

Jawab Baginda:

l Adalah matinya dalam kehinaan iaitu, rohnya
dicabut dengan kasar dan tidak ada belas kasihan.

l Matinya juga dalam kelaparan, bukan kerana tiada
makanan, tetapi nafsunya tiada lagi, perut lapar
tetapi tidak dapat makan sesuatu kerana sakit
ketika roh akan keluar.

l Matinya juga dalam kehausan, malah jika diberi
minum air dari semua lautan di dunia ini tidaklah
memberi apa-apa kesan pada dahaganya ketika
sakaratul maut.

Sahabat bertanya lagi: "Ya Rasulullah SAW, apa
pula seksaan di dalam kuburnya?"

Rasulullah SAW bersabda: "Disempitkan Allah
kuburnya, digelapkan Allah kuburnya, dan akan
diperintahkan Allah beberapa malaikat menyeksanya
hingga hari kiamat tanpa henti."

Ada riwayat menyatakan, orang yang meninggalkan
solat, akan Allah hantarkan kepadanya seekor ular
besar bernama Suja'ul akra', yang matanya daripada
api, mempunyai tangan dan berkuku besi, dengan
membawa alat pemukul dari besi berat.

Ia akan berkata, kepada si mati dengan suaranya
bagai halilintar: "Aku disuruh oleh Allah memukul
engkau sebab meninggalkan solat dari Subuh hingga
Zuhur, kemudian dari Zuhur ke Asar, dari Asar ke
Maghrib dan dari Maghrib ke Isyak hingga Subuh."

Lalu Suja'ul akra' terus memukul mayat orang yang
meninggalkan solat dan setiap kali dipukul, mayat
itu terbenam ke dalam bumi beberapa ratus hasta.

Kemudian dikeluarkan mayat itu dengan kuku besinya
lantas ditanya lagi dan dipukul lagi hingga hari
kiamat.

Sahabat bertanya lagi: "Ya Rasulullah SAW,
bagaimanakah keadaan orang yang meninggalkan solat
ketika di depan Allah?"

Jawab Baginda: "Ketika bertemu Allah pada hari
kiamat kelak, datang malaikat menyeksanya dengan
rantai panjang. Rantai itu diikat ke leher orang
yang meninggalkan solat serta dimasukkan ke
mulutnya dan dikeluarkan melalui duburnya.
Kemudian rantai itu ditarik dan disentap.

"Malaikat yang menghelanya berteriak: Inilah
balasan bagi orang meninggalkan solat yang
difardukan. Kemudian orang itu ditarik serta
dilemparkan ke neraka bernama Saqar."

Kedua, ketika berjumpa Allah, orang yang tidak
menunaikan solat tidak akan mendapat keampunan Allah.

Ketiga, ketika dibangunkan semula pada hari
kebangkitan, Allah tidak menaruh rahmat dan belas
kasihan kepadanya.


Firman Allah bermaksud; "Mereka yang mensia-siakan
solat dan mengikuti hawa nafsu kepada kejahatan,
maka tetaplah mereka jatuh ke dalam satu telaga
api neraka." (Surah Maryam, ayat 59).

0 comments:

Post a Comment